Tuesday, July 21, 2009

Selasa, 2009 Julai 21

Kempem "Gua Boikot Abon" dilancar - Metalkini


Kuala Sepetang, 22 Julai - Di sidang media hari ini, pakatan antara Zoro Melayu dan (D)asar (A)tas (P)agar sepakat dalam menjayakan usul memboikot dan memulaukan "Blog Encik Akmal" buat seberapa ketika. Dengan ini turut dilancarkan kempen "Gua Boikot Abon" agar rakyat jelata dapat bersama-sama menyampaikan mesej yang jelas kepada individu tersebut. Tindakan En. Akmal yang tidak menghargai rakan-rakan blogger lain, yang mana selalu memberi nasihat-nasihat yang ikhlas untuk memberi panduan ke jalan yang benar, telah dihina dan dicerca oleh En. Akmal sendiri.

"Saya dulu jual goreng pisang je, sekarang dah pandai berblog. Saya cume bagi beliau nasihat bagaimana melayari bahtera hidup. Tapi tak sangka pula, pisang busuk pula di lempar ke muka saya," jelas Zoro Melayu. Zoro Melayu merupakan blogger yang baik hati kerana sering memberi panduan-panduan untuk memuatturun berbagai jenis filem dan animasi.

Manakala (D)(A)(P) yang pernah menjadi kapten, berjuang bersama En . Akmal di zaman Matrikulasi dahulu, kini dicerca bak anjing kelaparan. "Wey..aku bukan anjing...siot la lu wartawan," ujar beliau. Sedangkan anjing jalanan disusukan, anak dirumah dah pandai mencarot.

Mereka berdua menyeru agar sesiapa yang prihatin akan masalah ini, boleh bersama menyatakan sokongan dan melaungkan "Gua Boikot Abon...sorang je". Sekaligus menyampaikan mesej jelas ini kepada En. Akmal.

Laporan- Metalkini

0 comments:

About This Blog

aku sedikit sebnyk nak mendalami ilmu memblog supaya satu hari nanti mungkin dpt tolong aku..
lgpon, best apa...
hahahaha

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP